Monday, March 2, 2009

KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN ISLAM

KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN ISLAM

Fokus perbincangan ialah:

4.1 Definisi komunikasi
4.2 Fungsi komunikasi
4.3 Metod Komunikasi Lisan Menurut al-Quran
4.4 Nilai dan etika komunikasi di tempat kerja
4.5 Halangan dalam komunikasi

4.1 Definisi Komunikasi

• Komunikasi - bahasa Inggeris ‘communication’ asal drp bahasa Latin ‘communicare’ bererti berbual bersama, berbicara, berbincang dan meminta pendapat orang lain.

• Komunikasi merupakan satu proses penyampaian atau penyebaran maklumat dengan menggunakan pelbagai metod atau medium yang bersesuaian dengan kehendak maklumat tersebut.

• Dikaitkan dengan organisasi- komunikasi adalah suatu proses penyampaian, penyebaran, pengarahan, dan sebagainya sesuatu maklumat dengan menggunakan pelbagai metod atau medium yang bersesuaian dengan kehendak maklumat tersebut dan ia berlaku dalam sesebuah organisasi.

• Organisasi ialah kumpulan individu yang membentuk kesatuan antara mereka dan saling kerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Tanpa kerjasama matlamat tersebut tidak akan tercapai.

• Laurence D Bennan – komunikasi merangkumi sikap, gerakan, personaliti, keterampilan, cara berpakaian, kematangan, kuasa autoriti dan keadaan persekitaran.

• Proses komunikasi memerlukan - SMCR – (sumber, mesej, saluran dan penerima). Tambahan – encoding – simbol-simbol yang boleh difahami, decoding – proses memahami/tafsiran mesej – salah tafsir berlaku kegagalan komunikasi.


4.2 Fungsi Komunikasi

• Menjalin Hubungan

o Kemahiran mengambil berat tentang diri orang lain.
o Kemahiran menjaga keselamatan dari segi psikologi dan fizikal.
o Kemahiran membuat orang lain berasa dirinya sangat dihargai

• Berkongsi Pengalaman

• Mempengaruhi

• Estim Diri

• Membantu

• Memberitahu/melahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati atau pemikiran seseorang

• Peranan Komunikator Muslim

o Menyeru manusia untuk beriman kepada Allah SWT

o Memberi peringatan dan amaran Allah SWT

o Mengubah dari sesuatu yang negatif kepada yang positif

o Memperbaiki prestasi dan kualiti hidup

o Merangsang manusia atau masyarakat ke arah melakukan kebaikan

4.3 Metod dan Kategori Komunikasi

Antara metod komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran ialah:

i. Qawlan sadida – direct to point – berterus terang, benar dan tepat. Surah 33: 70

ii. Qawlan Baligha – efisyen dan efektif – fasih, tepat dan terang. Surah 4: 63 dan Surah 14:4

iii. Qawlan maysura – lemah lembut, mengawal perasaan/emosi, tidak marah. Surah al-Isra: 28

iv. Qawlan layyinan – manis didengar, tidak menyakitkan hati. Surah Thahha: 44

v. Qawlan kariman – mulia dan hormat, Surah Bani Israel: 53.

vi. Qawlan ma’rufa: baik dan sepatutnya. Surah an-Nisa: 5.


Aplikasi dalam Pengurusan Islam:

• Berbicara dengan bahasa yang lemah lembut (qawlan maysuran)
• Menggunakan perkataan yang baik
• Berhikmah/bijaksana
• Menyesuaikan bahasa dan isi dengnan tahap penerimaan akal pendengar
• Berbahas dengan cara yang baik
• Menyebut perkara penting berulang kali
• Melaksanakan apa yang diperkatakan

Kategori Komunikasi:

• Komunikasi dengan Allah
o Solat
o Berzikir dan berdoa
o Bertaubat dan beristigfar
o Berniat ikhlas

• Komunikasi dengan Rasulullah saw
o Ikut perintah
o Selawat

• Komunikasi dengan manusia
o Komunikasi dengan ibubapa
o Komunikasi dengan orang lebih tua
o Komunikasi dalam rumahtangga
o Komunikasi antara pemimpin dengan rakyat
o Komunikasi dalam organisasi

• Komunikasi dengan alam atau makhluk yang lain

No comments: