Sunday, February 15, 2009

Amalan Pengurusan Islam

AMALAN PENGURUSAN ISLAM


3.0 PENDAHULUAN

Fokus perbincangan tajuk ini ialah:

3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
3.2 Hukum dan Peraturan Syar’ie Dalam Pengurusan
3.3 Fiqh al-Awlawiyat Dalam Pengurusan


3.1 PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN

Proses pengendalian pengurusan ialah beberapa siri perbuatan @ tahap aktiviti yang berterusan hingga tercapai sesuatu objektif @ tujuan organisasi.

· Ia juga dikenali sebagai elemen atau fungsi atau asas-asas pengurusan. Proses pengendalian pengurusan dipraktis oleh para pengurus dalam mengurus sesebuah organisasi mengenai apa yang patut dan perlu dilakukan. Justeru, ia berkaitan dengan cara kita menguruskan sesebuah organisasi.

· Para sarjana pengurusan dalam kajian mereka telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenai fungsi pengurus dalam organisasi seperti merancang, menyusun, mengorganisasi, memimpin, mengawas, mengawal, menyelia dan sebagainya.

· Dalam perbincangan ini, kita akan tumpukan cuma kepada empat proses pengendalian yang utama, iaitu:

i. Perancangan [planning/ takhtit @ khittah]

ii. Penyusunan dan pengorganisasian [organizing/ tanzim]

iii. Pengarahan @ Pimpinan [leadership/ tawjih @ qiyadah]

iv. Pengawasan dan pengawalan [controlling/ dhabt]

· Keempat-empat elemen ini saling berkaitan antara sata sama lain. Justeru, dalam proses pengurusan ia dilaksanakan secara bersama. Semasa membuat perancangan, ia melibatkan juga penyusunan, pengarahan dan pemantauan.

3.1.1 Perancangan [planning/ takhtit @ khittah]

· Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki.

· Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.

· Perancangan adalah melibatkan proses membuat “keputusan” untuk masa depan.

· Gagal merancang bererti merancang untuk gagal.

· Prinsip perancangan:
- Dirancang oleh setiap individu dalam organisasi
- Dilaksana secara jamaah
- Bersifat fleksible
- Penentuan terakhir adalah Allah swt.

· Kepentingan:
- Untuk menentukan jangkasamasa kerja dan kos yang terlibat
- Menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusuan
- Memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi dan pelaksanaan kerja
- Lain-lain.

· Proses perancangan:
• mengenalpasti matlamat/objektif. Objektif mestilah:

i. Rasional, praktikal dan boleh dicapai
ii. Boleh diukur
iii. Pelbagai
iv. Berhairerki dan rangkaian – objektif bahagian - objektif unit

• menilai keupayaan sumber, dan persekitaran
• ramalan; kekuatan, kelemahan, peluang, halangan dll
• plan tindakan – strategi untuk mencapai matlamat.

· Jenis perancangan
a) Sekali guna
b) Jangka pendek dan panjang.

¨ Contoh perancangan Nabi Muhammad s.a.w:

o Di Mekah

¨ Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran lslam dan menyeru manusia supaya menyembah Allah s.w.t. Dua strategik dipraktiskan iaitu secara sulit dan terang-terangan.
¨ Antara rancangan yang dilakukan termasuklah:

(i) Perancangan, pengorganisasian dan pelaksanaan rancangan penghijrahan para pengikutnya ke Habsyah.

(ii) Perancangan, pengorganisasian dan pentadbiran untuk berhijrah ke Madinah (1H/622M).

o Di Madinah

¨ Program al-Muakha’.
¨ Mendirikan masjid
¨ Sulh Madinah. Dll

· Perancangan strategik sesebuah organisasi
o Pernahkah anda terlibat dengan prancangan strategik organisasi anda? Sila dapatkan maklumat bagaimana perancangan strategik tersebut dilakukan.

3.1.2 Penyusunan dan pengorganisasian [organizing/ tanzim]

¨ Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu pengalokasian atau penempatan setiap sumber sama ada manusia, benda atau perkara pada kedudukan yang sesuai, kegunaan yang munasabah, fungsi yang jelas dan peranan yang berkesan (job spesification).

¨ Pelaksanaan pengurusan yang Baginda amalkan, antaranya:

· Pentadbiran Awam
· Pentadbiran Ekonomi
· Pentadbiran Kehakiman
· Pentadbiran Keagamaan
· Pentadbiran Pertahanan
· Dll.

¨ Pentadbiran Awam

o Pentadbiran Pusat
o Pentadbiran Wilayah

¨ Pentadbiran Pusat

- Terdapat tujuh jawatan, iaitu:

-Timbalan (Na’ibin)
- Penasihat (Mushir)
- Setiausaha (Katib)
- Wakil Rasul (Rusul)
- Pesuruhjaya
- Penyair dan Pemidato (Syu’ara dan Khutaba’)
- Pegawai Tugas-tugas Khas
¨ Setiausaha sulit: Khuzaifah bin al-Yaman
¨ Harta rampasan perang: Mu'iqib bin Ali Fatimah
¨ Sedekah: Zubir Al Awwan dan Jahim al-Salt.
¨ Penulis wahyu; di Mekkah: Abu Bakar, Surahbil b Hasanah, Umar, Usman, Ali, Abdullah b Saad b Abi Sarh. Semasa di Madinah: Ubaiy b Ka'ab dan Zaid bin Harith kemudian Mu'awiyah bin Abi Sufiah.
¨ Perjanjian: Kebanyakannya ditulis Ali bin Abi Talib contohnya perjanjian Hudaibiyyah.
¨ Menjaga surat menyurat dengan Raja-raja: Abdullah bin Arqam.
¨ Hutang piutang dan mua'amalat: Muqhirah bin Syu'bah dan Hussin bin Numair.
¨ Juruterjemah: Zaid bin Thabit yang menguasai bahasa Parsi, Rom, Qibti, Habsyah dan Yahudi.
¨ Pemegang Mohor: Para katib mempunyai kaitan dengan pemegang mohor kerana kebiasaannya selepas ditulis perjanjian atau surat kepada raja ia akan di cop dengan mohor Rasulullah s.a.w. Mohor terdiri daripada sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi berwarna dan permukaannya disadur dengan perak bertulis Muhammad Rasul Allah. Ia disimpan oleh Al-Harith bin Auf dan Hamzah bin Rabi' bin Sayfi.

¨ Pentadbiran Wilayah.

Terdapat tiga jawatan utama; Gabenor, Hakim dan Amil

Pentadbiran Wilayah




Gabenor Hakim Amil
(Wali) (Qadi) (Pemungut Zakat)

Pentadbiran Wilayah:
(Wali)

1. Bahrain: Daerah Khat : Abban b Sa'iid.
Daerah al-'Atiif : Al-Alaa' b. al- Hadhrami
2. Taimaa : Yaziid bin Abi Sufyaan
3. Najran : Abu Sufyaan bin Harb.
4. Wadi al Qura' : ‘Amr b Sa'iid.
5. Yaman: al-Janad : Mu'aad bin Jabal
San'aa : Khaalid b Sa'id b al- Aas.
6. Hadramaut : Ziyaad b Labiid al- Bayaadhi.
7. 'Arabiyyah : al Hakam bin Sa'iid.
8. Kindah dan Sadaf : Al-Muhaajir b Abi Umaiyah al- Muahzuumi.
9. Zabiid, Rima'dan 'Aden : Abu Musa al-Asyari.
10. Ta'ef : Uthman b Abi Al ‘As.
11. Khaibar : Sawad bin Ghaziyah.
12. Mekkah : 'Attaa b Usaid

3.1.3 Qiyadah (Kepimpinan/Leadership)

¨ Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (disetiap peringkat pengurusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi (manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

¨ Kepimpinan melibatkan;

o merangsang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai,
o menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi,
o menjadi penghubung atau juru bicara organisasi

¨ Perkara yang perlu dilihat disini ialah

o ciri-ciri pemimpin yang unggul, antaranya:
§ pemimpin yang adil
§ pemimpin yang berilmu
§ pemimpin yang berani
§ pemimpin yang amanah, jujur (berintegriti)
§ pemimpin yang bertanggungjawab
§ dll
o ciri-ciri petugas atau pekerja yang cemerlang,
o ciri organisasi yang diwakili.

¨ Pengamalan konsep nasihat menasihati serta konsep tegur menegur.

¨ Pemahaman konsep “setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin”

¨ Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental fizikal serta elemen yang ada.

¨ Rasullullah s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi amat wajar dijadikan uswah hasanah. Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.

¨ Kebijaksanaan baginda sebagai pemimpin dapat dilihat dalam banyak peristiwa, antaranya melalui kandungan "Perlembagaan Madinah".

¨ Kekuatan perlembagaan ini dan terpenting dapat dilihat dalam fasal 42; "… apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka - hendaklah dirujuk kepada Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w.”

¨ Perkembangan ini menjelaskan keagungan dan kekuasaan mutlak Rasulullah s.a.w. dalam semua hal; awam, politik, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain diiktiraf oleh penduduk Madinah.

¨ Kita sebagai petugas/berkhidmat dalam sektor awam dan swasta perlu menghayati sifat utama kenabian iaitu:

o Sidiq
o Amanah
o Tabligh
o Fatanah

Keempat sifat ini perlu ada dan diterjemahkan dalam hidup kita sebagai seorang abid dan khalifah fi ard’ (hamba dan khalifah di atas muka bumi).


3.1.4 Wiqayah (Pengawasan dan Pengawalan/Controlling)

¨ Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak. Memastikan semua aspek pengurusan saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan keputusan – berjalan mengikut apa/perancangan yang ditetapkan.

¨ Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul.

¨ Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Membetulkan sebarang kesilapan/penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

¨ Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin.

¨ Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

¨ Jenis pengawasan terbahagi kepada dua:

o Dalaman – pengurusan atasan, terhadap pekerja bawahan
o Luaran – Unit Audit Luar dll

¨ Kaedah/cara - secara umumnya pengawasan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

o Pengawasan dalaman diri manusia,

Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri. Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah khalifah serta hamba kepada Allah.

Sebagai khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau melicinkan perjalanan alam. Mereka tidak boleh merosakkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya.

o Pengawasan dari masyarakat

Masyarakat yang prihatin akan memastikan tanggungjawab ini terlaksana.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesiapa antara kamu yang melihat kerosakan (kejahatan, kebejatan dll) hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan lidah (lisan spt nasihat atau tunjuk ajar dan sebagainya) dan sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan hati (spt membenci kejahatan tersebut) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Dalam organisasi perkara ini mesti dilakukan. Ini kerana organisasi merupakan sebahagian daripada masyarakat dan ia tidak boleh terpisah.

o Pengawasan dari pihak pengurusan.

Pihak pengurusan berperanan mengawasi perjalanan organisasi mereka supaya ia selamat dan mengikut spesifikasi yang diberikan.

Contoh Pengawasan:

1. Zaman Rasulullah
2. Zaman Sahabat/Khulafa al-Rasyidin

¨ Pesanan Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali bin Abi Talib:

"Aku lantik engkau dan aku sentiasa mengawasimu, oleh itu nampakkanlah pada mata orang ramai bahawa engkau mengutamakan golongan yang berkedudukan rendah daripada golongan orang mulia yang lemah mendahului yang kuat dan golongan perempuan mendahului golongan lelaki, jangan sekali-kali kemu benarkan orang lain mencapai urusan engkau, dan selalulah merujuk kepada al-Quran itu adalah panduan kamu. Pengawas yang sebenarnya adalah dari dalam diri manusia itu sendiri”

No comments: