Saturday, September 20, 2008

TERAS, PRINSIP DAN ETIKA PENGURUSAN ISLAM

2.0 PENDAHULUAN

Fokus perbincangan tajuk ini ialah:

• Teras Pengurusan Islam
• Falsafah Pengurusan Islam
• Prinsip-prinsip Pengurusan Islam
• Etika Kerja Islam


2.1 TERAS PENGURUSAN ISLAM

Teras pengurusan Islam bukan berdasarkan gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Islam terangkum dalam tiga asas utama, iaitu:

• Aqidah
• Syariat
• Akhlak

Ketiga-tiga asas ini adalah teras kepada pengurusan Islam. Daripada teras ini melahirkan falsafah pengurusan.


2.2 FALSAFAH PENGURUSAN ISLAM

Falsafah merupakan dasar sesebuah organisasi. Ia dianggap sebagai panduan bagi sesebuah sistem yang daripada sistem tersebut akan lahir pula konsep-konsep yang akan mendokong sistem tersebut.

Falsafah pengurusan Islam bukan berdasarkan gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan paradigma TAUHID. Tauhid merupakan inti ajaran Islam dan sebagai paksi kepada segala aktiviti manusia

TAUHID ialah:

“Keterikatan perhambaan manusia kepada Tuhan (Allah SWT) yang satu dan menafikan keterikatannya dengan tuhan-tuhan yang lain. Tauhid merupakan perlambangan pergantungan manusia kepada Allah SWT secara total. Seluruh ketaatannya hanya kepada Allah SWT bukan unsur yang lain”

Tauhid yang dimaksudkan di sini ialah tauhid dari sudut i’tikad (kepercayaan), ilmi dan suluki (tingkah laku). Seseorang itu hendaklah beriman kepada Allah yang tunggal dari segi zat, sifat dan perbuatan-Nya tanpa sekutu dan penyerupaan, Ia tiada mempunyai anak, Ia pula tidak diperanakan dan tiada mempunyai bapa dan tidak ada sesiapa (sesuatupun) yang setara dengan-Nya (al-Quran Surah al-Ikhlas ayat 3-4).

Demikian juga dari sudut qasad (niat) dan amal di mana seseorang hendaklah mentauhidkan Allah swt dengan ‘ubudiyyah (pengabdian) yang sempurna, serta diberikan ketaatan yang mutlak, tunduk, bertaubat, bertawakal, takut dan harap hanya kepada-Nya.

Asas ketauhidan kepada Allah:

• Iman
• Ilmu
• Amal

Apabila disiplin dan bidang pengurusan didasarkan kepada kerangka tauhid, maka ketiga-tiga elemen ini seharusnya ada di dalam aplikasi pentadbiran. Melalui implementasi ketiga-tiga asas ini dengan penuh tanggungjawab, keistimewaan Islam dan pengurusan Islam akan dapat dirasai oleh selurh masyarakat. Kebaikan yang dibawa akan dinikmati oleh seluruh manusia.

Bagaimana kita mengaplikasi ketiga-tiga asas tersebut dalam pengurusan?

Pendekatan tauhid dalam pengurusan menekankan tiga bidang utama, iaitu:

• Penekanan terhadap diri insan iaitu manusia sebagai pelaku utama;
• Penekanan dan kefahaman terhadap hakikat aktiviti yang dilakukan (amal); dan
• Memahami hakikat organisasi di mana ia berada.


2.2.1 Hakikat Insan

• Memahami sifat semulajadi manusia; asal-usul, kenapa ia dijadikan, peranan @ tanggungjawab, keistimewaannya sebagai makhluk terpilih, kekuatan, kelemahan, musuh, matlamat dan tujuan hidup yang terakhir.

• Memahami dan menginsafi perkara-perkara tersebut akan dapat mewujudkan sebuah institusi yang sesuai dan selari dengan fitrah manusia.

• Fitrah manusia – suci bersih – Allah SWT

• Tidak memahami akan wujud penyelewengan.

• Berlaku pertarungan antara kebenaran dengan kesesatan.


2.2.2 Hakikat Amal (Perlakuan Manusia)

• Memahami sifat semulajadi manusia membawa kepada memahami dan sedar tanggungjawab @ tugas yang perlu dipikul; HAMBA dan KHALIFAH.

• Perlakuan manusia ialah AMAL iaitu kerja yang diusahakan. Kerja tersebut menjadi ibadah apabila:

o Niat kerana Allah
o Sesuai dengan syariat – rezeki yang halal
o Mengutama dan tidak meninggalkan yang fardu
o Membina dan membentuk masyarakat bertamadun

• Memenuhi/menyempurna tugas manusia sebagai HAMBA dan KHALIFAH di muka bumi.

• Sebagai hamba, manusia
• Sebagai khalifah. manusia



2.2.3 Hakikat Organisasi

• Organisasi atau institusi samada kecil atau besar ialah tempat di mana seseorang individu itu berada. Mereka mencari dan menabur bukti atau usaha dengan memberi sumbangan dan memperoleh pendapatan.

• Organisasi ini mestilah selari dengan hakikat insan dan hakikat amal/perlakuan manusia.

• Budaya agama menjadi teras/tunjang dalam semua aktiviti.

Paradigma tauhid menjadi tunjang kepada para pengurus dalam menentukan sikap, watak dan perlakuan mereka terhadap tugas, rakan sejawat, jabatan dan organisasi dll dengan memahami tuntutan.

Para pengurus samada peringkat tertinggi, pertengahan atau bawah akan berusaha melaksanakan yang terbaik dan menegakkan keadilan kerana mereka sedar semua aktiviti yang mereka lakukan akan diadili diakhirat kelak. Serentak dengan itu kezaliman, penindasan, penyelewengan akan dihapuskan kerana ini semua bertentangan dengan falsafah:
• Tauhid Uluhiyyah
• Tauhid Rububiyyah
• Tauhid Asma wa al-Sifat

Tauhid Uluhiyyah mengkehendaki manusia yakin dan percaya bahawa Allah Maha Esa dan menumpukan seluruh pengabdian hanya kepada-Nya. Dengan itu ia tidak akan tunduk kecuali kepada Allah. Ia menyedari bahawa ia merupakan seorang hamba. Segala undang-undang, arahan, peraturan, prosedur dan sebagainya akan digubal sesuai dengan kehendak syariat demi untuk menyelamatkan dirinya dan manusia lain dari kemaksiatan.

Dalam konteks Tauhid Rububiyyah pula, ia yakin dan percaya bahawa Allah Pemilik segala-galanya. Dia yang menghidup dan mematikan, pemberi rezeki, pengurus, pentadbir dan penguasa alam seluruhnya. Dengan itu segala apa yang dimiliki adalah amanah yang akan dipersoalkan di kemudian hari. Menyedari bahawa jawatan, harta dan apa yang dimiliki itu merupakan amanah, pengurus sebagai seorang manusia akan mengimplementasikan konsep amanah tersebut dalam pengurusannya.
Manakala Tauhid Asma wa al-Sifat pula, ia yakin dan percaya bahawa Allah Maha Berkuasa memiliki nama dan sifat yang baik-baik. Sumber segala ilmu dan mendidik manusia supaya menguruskan alam ini dengan berpandukan ilmu yang benar bukannya ilmu yang berasaskan akal semata-mata. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam Surah al-’Alaq ayat 1 – 5.

Kesimpulan.

Pengurusan Islam yang berasaskan falsafah tauhid menyediakan ruang kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah kepada Allah s.w.t. Mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggung jawabkan kepada mereka di akhirat kelak.

Falsafah pengurusan Islam menekankan penyempurnaan tugas manusia dalam aspek:

o Akidah
o Syariat
o Akhlak

Rujukan
(Disaran untuk membaca dan memahami)

Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Affandi Hassan. Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, dalam Shafie Hj Mohd Salleh, Kecemerlangan Pentadbiran. Kuala Lumpur: INTAN

Muhmmad Shukran Abd Razak et. al.. Pentadbiran Islam I. Shah Alam: UiTM

Yusuf al-Qardawi. 1987. Pengertian Tauhid (terj.), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

No comments: