Saturday, September 20, 2008

Definasi Pentadbiran Awam

Definasi Pentadbiran Awam

1. Pentadbiran awam adalah satu kumpulan yang bekerjasama menyusun kepantingan awam
2. Pentadbiran awam meliputi 3 cabang
- Executive
- Perundangan ( Legislative )
- Kehakiman ( Judicial )
3. Pentadbiran awam memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dasar awam dan merupakan sebahagian daripada proses politik
4. Pentadbiran awam mempunyai kepentingan serta mempunyai perbezaan daripada pengurusan swasta.
5. Pentadbiran awam berperanan sebagai penghubung kumpulan2 persendirian dan individu dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dwight Waldo – Definition

1. Pentadbiran awam adalah organisasi dan pengurusan manusia dan benda2 untuk mencapai tujuan2 kerajaan
2. Pentadbiran awam sebagai satu seni dan sains pengurusan sebagaimana yang dapat dikaitkan kepada hal ehwal sebuah negeri atau negara.

Luther Gullick – POSDCORB

P-Planning / Perancangan
Merupakan proses membuat program bagi pembangunan jangka panjang social dan ekonomi negara . Ia merupakan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat negara dengan menggunakan sumber yang ada. Perancangan adalah proses menentukan maklumat ekonomi dan social bagi memperbaiki keadaan hidu[p dan aktiviti manusia. Ia merangkumi beberapa asperk penting seperti social, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Bagi sebuah negara yang sedangn membangun perancangan yang berkesan amatlah penting kerana pentadbir awam bertanggungjawab untuk menggunkan sumber2 yang terhad seperti wang, bahan mentah dan tenaga mahir dengan sebaik mungkin.

O-Organization
Berfungsi untuk menyediakan rangka sektor bagi penyelarasan, komunikasi dan arahan. Untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, sektor awam amat bergantung kepada satu sektor organisasi yang menyediakan pembahagian fungsi yang jelas dan bertanggungjawab kepada berbagai kementerian dan jabatan. Sektor organisasi yang kurang baik dan tidak jelas akan menyebabkan ketidakcekapan dan perlaksanaan tugas yang bertindih atau overlapping of duties.

S-Staffing / Pengambilan kakitangan
Pengambilan kakitangan bagi sektor awam biasanya dikendalikan oleh satu agensi kerajaan yang dilantik oleh kerajaan. Dalam konteks negara Malaysian t/jawab ini di serahkan kpd suruhanjaya perkhidmatan awam. Pengambilan k/tangan bagi sesuatu jwtan tertentu d dlm sektor awam biasanya dijlnkan melalui 2 kaedah iaitu pengambilan k/tangan luaran atau pengambilan k/tangan dalaman ( menerusi proses kenaikan pangkat ). Setiap k/tangan awam mestilah melalui pelbagai latihan yang mendedahkan mereka kpd maklumat dan tujuan organisasi sektor awam. Disamping itu latihan adalah bertujuan untuk memahirkan kerja mrka disamping meningkatkan daya produktiviti mrka.

D-Directing / Pengarah
Di dalam setiap organisasi mesti mempunyai pegawai iaitu pemimpin organisasi untuk memberi arahan. Pengarahan adalah penting krn ia memberi arahan, kepimpinan dan dorongan kpd pekerja yg terlibat dalam perlaksanaan tugas kearah mencapat matlamat organisasi.

C-Coordinating / Penyelarasan
Koordinasi adalah satu kaedah menyelaraskan kerja2 yang dibuat oleh berbagai2 bahagian yang terdapat didalam organisasi sektor awam. Mengkoordinasi penting memandangkan organisasi sektor awam adalah besar. Ia meliputi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Untuk mengelak daripada pembaziran kos dan masa serta tugas yang dilakukan dengan bertindih maka adalah penting bagi organisasi sektor awam untuk mengkoordinasi kerja dengan berkesan. Ini dapat dilaksanakan dengan sering berhubung dan memberi laporan dari semasa ke semasa mengenai segala kerja yang dibuat leh sebuah jabatan kepada agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan dengan satu program yang dilaksanakan.

R-Reporting / Laporan
Terdpt 2 tujuan utama dalam membuat laporan.
1. Sebagai alat untuk menentukan aliran, komunikasi dan maklumat secara teratur dalam pentadbiran bagi membantu pembentukan, perlaksanaan dan penyelarasan dasar awam yang berkesan.
2. Sebagai satu alat demokrasi di mana laporan dapat menentukan t/jawab pentadbiran awam untuk rakyat telah dilaksanakan dengan baik dan menepati permintaan rakyat negara ini.

B-Budgeting / Belanjawan
Merupakan satu dokumen yang mencatatkan anggaran belanjawan dan hasil sebuah negara dalam satu tempoh tertentu. Kepentingan belanjawan negara dapat dilihat dalam penulisan Aristoter ( karpur 1981 ) yang telah menekankan bahawa kerajaan tempatan haruslah mempamirkan segala perbelanjaan dan hasil Bandar tersebut kepada umum sebagai satu cara memastikan akauntabiliti.






Daripada semua definisi yang dinyatakan di atas, secara keseluruhan pentadbiran awam boleh didefinasikan sebagai;
1. Satu cabang eksekutif kerajaan yang dikaitkan kepada aspek yang penting dalam perundangan dan kehakiman
2. Penggubalan dan perlaksanaan polisi awam
3. Penyertaan yang banyak dalam masalah mengenai gerak geri dan kerjasasama masyarakat
4. Satu bidang yang dapat dibezakan dari pentadbiran swasta.
5. Pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam.


Ciri2 Pentadbiran Awam

Antara ciri-ciri umum
1. Ia adalah eksekutif kerajaan
2. Ia terlibat dalam membentuk dan melaksanakan dasar awam
3. Ia melibatkan berbagai dasar awam mengenai tingkah laku manusia antara eksekutif dan orang ramai
4. Satu usaha kumpulan dalam suasana awam
5. Meliputi 3 cabang awam iaitu badan eksekutif, legislative dan kehakiman
6. Satu proses politik dan mempunyai peranan yang penting dalam penggubalan dasar awam
7. Ia berbeza dari Pentadbiran swasta
8. Pentadbiran Awam mempunyai pertalian rapat antara individu kerana pemberian perkhidmatan pada tiap2 individu dan orang awam seluruhnya.

Kepentingan Pentadbiran Awam

Pentadbiran Awam
Mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat . Ia adalah cabang kerajaan yang banyak mempunyai kaitan secara langsung dengan masyarakat. Pentadbiran Awam adalah merupakan proses social yang penting bertanggungjawab untuk melaksanakan keperluan2 rakyat.

Pentadbiran Awam dan Demokrasi
Pentadbiran Awam amatlah penting dalam sesebuah negara demokrasi. Keungggulan demokrasi iaitu kemajuan, kemakmuran dan perlindungan kepada rakyat biasa, hanya boleh dicapai melalui pentadbiran yang amanah, cekap dan berkecuali. Seseorang pentadbir awam perlu bersikap berkecuali dalam politik dan berkhidmat dengan taat tanpa mengira parti mana yang memerintah.

Pentadbiran Awam sebagai subjek
Hampir setiap keperluan rakyat mempunyai kaitan dengan pentadbiran awam. Oleh kerana pentingnya pentadbiran awam kepada rakyat maka pengajiannya tidak boleh diabaikan oleh rakyat disesebuah negara, Pelajar hari ini merupakan pentadbir masa akan datang Pengajian tentang pentadbiran awam akan menyediakan mereka untuk menjadi pentadbir yang lebih baik dan juga nembantu para pentadbir bekerjasama dengan merekia dalam program pembangunan negara.


Pengajian Pentadbiran Awam telah dibuat melalui beberapa pendekatan. Pendekatan2 tersebut ialah ;
1. Pendekatan Mekanikal – Pelopor utama LD White, WF Wilioughby, Taylor dan warner. Mereka memberi tumpuan kepada persoalan untuk mencapai kecekapan dalam pentadbiran awam. Konsep asas dalam pendekatan mekanikal, iaitu pentadbiran adalah organisasi mekanikal dan kita boleh mencari prinsip2 tertentu yang boleh membuat organisasi itu berfungsi dengan cekap. Kaedah mekanikal ini juga boleh dikenali sebagai orientasikan kecekapan atau kaedah pengurusan saintifik.

2. Pendekatan Struktur - Kaedah ini mengkaji pentadbiran awam melalui strukturnya. Ia memberi tumpuan terhadap pengkajian teknik POSDCORB pentadbiran. Ia mengkaji organisasi pentadbiran, pengurusan personal dan pentadbiran. Ia mengkaji organisasi pentadbiran, pengurusan personal dan pentadbiran kewangan. Ia juga boleh digelar dengan kaedah institutional.

3. Pendekatan Undang2 – Pendekatan undang2 mengkaji pentadbiran awam melalui sudut pandangan undang2. Ia memberi perhatian terhadap struktur perkembangan pentadbiran awam. Ia melihat perkara2 seperti kuasa dan kedaulatan. Ia melihat perkara2 seperti kuasa dan kedaulatan. Ia mementingkan jabatan dengan tugas2 yang dinyatakan, sekatan2, budibicara dan ketidakupayaan pegawai, serta tanggungjawab dan hak rakyat dari segi undang2. Ciri2 pentingnya ialah bahasa perlembagaann, kod undang2, peraturan dan keputusan badan kehakiman yang dicetak, dan badan2 rayuan seperti majlis2 negeri. Kaedah ini menginterepretasi pentadbiran dalam bentuk undang2 dan meninggalkan aspek2 kemanusiaan dalam pentadbiran

4. Pendekatan Tingkahlaku – Pendekatan ini memberi tumpuan kepada penggunaan kaedah2 kes kajian empiric. Selepas mengkaji operasi sebenar organisasi dan pentadbiran boleh diperolehi. Mengikut Simon, 3 set isu mesti dijelaskan dalam buku tentang Pentadbiran Awam.
Membicarakan tentang masalah organisasi ditahap tertinggi
Diasaskan dengan baik kpd psikologi hubungan antara manusia dalam organisasi
Menganalisa pentadbiran dari suasana politik dan kerajaan yang lebih luas.





Polisi dan pentadbiran

Polisi lazimnya mendahului setiap tindakan. Ia adalah pra-syarat bagi semua pengurusan. Polisi jugalah yang menentukan tugas untuk pentadbiran. Ia menyediakan kerangka dalam mana semua tindakan unruk mencapai satu2 objektif akan dimulakan.

Polisi membawa makna suatu keputusan untuk menentukan apa yang akan dibuat dan bagaimana, bila dan dimana? Polisi adalah panduan asas kepada tindakan sama ada dalam bentuk lisan, bertulis atau tersirat yang diterima dan digunakan oleh seseorang pengurus. Polisi adalah peraturan tingkahlaku yang diperakui yang memandu keputusan pentadbiran.

Pentadbiran pula membawa maksud proses dalam mana keputusan dan polisi dilaksanakan iaitu menguatkuasakan undang2, membuat dan menguatkuasakan peraturan dan melaksanakan polisi. Dalam kerajaan, pentadbiran sebahagian besarnya adalah fungsi cabang eksekutif walau pun pentadbiran perundangan dan kehakiman juga bertanggungjawab bagi kedua2 cabangnya.

Ada 3 keadaan di mana pegawai2 awam terlibat dalam membuat polisi.
1. Mereka perlu mengumpul maklumat, fakta, data dan kritikan sama ada polisi itu boleh dilaksanakan atau tidak kepada menteri atau penggubal dasar sekiranya inisiatif membuat polisi tersebut datang dari mereka.
2. Pentadbiran mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat setiap masa dan sudah pastilah lebih memahami masalah rakyat yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang2. Pentadbiran perlu membuat cadangan dan menggubal cadangan untuk mengatasi masalah2 tersebut dan di dalam proses tersebut ia akan meminta supaya undang2 dipinda atau undang2 lain digubal. Dalam keadaan begini cadangan polisi berpunca dari pentadbiran manakala ahli dewan perundangan hanya meluluskannya.
3. Dewan perundangan hanya meluluskan undang2 dalam bentuk rangka asas shj dan membiarkan butir2 yang terperinci dibuat oleh pentadbiran. Tujuan mereka adalah untuk menjauhkan politik dari mempengaruhi pentadbiran. Mereka bimbang sekiranya ahli2 politik mempengaruhi pentadbiran, keadaan ini boleh menghalang perkhidmatan awam dari berkembang menjadi suatu perkhidmatan professional.

Peranan Pentadbiran Awam
1. Sebagai Pengerak utama dan Perangsang Pembangunan Negara
Pentadbiran Awam adalah sebagai pengerak utama dan perangsang pembangunan negara yang diharapkan dapat menyebarkan kemajuan ekonomi dan social kepada orang ramai.

2. Sebagai jentera penyusun dan perlaksana rundingan dan program
Pentadbiran awam ialah jentera yang digunakan oleh negara sebagai alat untuk menyusun rancangan dan program yang boleh dilaksanakan dan melaksanakan rancangan2 dan program yang telah disusun. Sumber2 negara dapat digunakan sepenuhnya dengan adanya program ekonomi dan social yang baik dan kejayaannya bergantung kepada perkhidmatan awam yang berkesan. Penubuhan sebuah perkhidmatan Awam yang cekap diutamakan bagi pembangunan negara jika matlamat lain hendak dicapai.

3. Melaksanakan sesuatu dasar kerajaan
Peranan pentadbiran awam untuk melaksanakan sesuatu dasar kerajaan. Dasar kerajaan dari segi bahasa, meliputi kesan2 terhadap negara dan rakyat iaitu semua kesan2 yang timbul daripda aktiviti kerajaan. Dahulu adalah sukar untuk menentukan siapa yang membentuk dasar dan siapa yang mengambil peranan dalam pembentukan dasar kerajaan.

3 comments:

Luna said...

apakah kerjaya apabila mengambil jurusan ini?

Zara Hani said...

apa yang dimaksudkan dengan institusi bukan perwakilan dalam pentadbiran awam

BrokendollBree said...

aku tak fhm lgsg..keje ape ni?